Thursday, January 10, 2013

Kebodohan

i
idiot
bodoh , kejahilan
ketidakfahaman
manusia yang alpa
kadang-kadang
semuanya sudah terbentang
luas di hadapan

Tetapi
hati dan minda
yang berhabuk
menafikan segalanya
kembali ke takuk yang usang

Bodohnya manusia 
yang sering lupa
dan alpa
pabila satu berkata
dia pon berkata

Bodohnya manusia
Sombong dan egoistik menyelubungi
Bila satu berkata
die menafikan
mengapa

kerana masa memisahkan kefahaman dan tidak
Bodoh nya kebodohan itu
kerana dek manusia itu sendiri

Insaflah
berhentilah
walau sedetik
Lihatlah menggunakan Semua pancaindera yang telah dikurniakan Ilahi
berdoalah agar
akhir dan awal
itu satu yang baik

No comments:

Post a Comment