Selagi hayat dikandung badan
Aku akan terus
bernafas
berjalan
merentasi benua
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan terus
makan minum
menghirup segala yang terhidang
meratah apa yang terjatuh
di tanah sendiri
Aku adalah tanah dan air
wujud aku di maya ini
bertujuan
bukan hanya boneka
yang boleh di ramas
di sepak-sepak
kemudian di ambil semula
Persyaitan kan semua itu
jadilah diri sendiri
mahu pon lemah longlai
kerana aku yakin
di hadapan banyak perkara baik
yang menunggu aku
No comments:
Post a Comment